Tuesday, January 11, 2011

Udang dan Kolestrol

Ada Udang Di Sebalik Blog
Mungkin separuh daripada korang alergi makan udang. Korang yang ada alergi kebiasaannya akan mengalami kegatalan badan selepas makan udang ni. Oleh itu, bagi korang yang alergi makan udang ni, tak perlulah korang melawan arus pantang larang makanan untuk korang ye.

Bagi korang yang boleh makan udang pulak, korang disarankan untuk makan kulit udang sekali. Kulit udang mampu untuk merendahkan kolestrol dalam darah korang. Kajian penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) juga telah mendapati kulit udang boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat luka.


Ape tu kolestrol? Kolestrol adalah satu zat lemak yang beredar dalam darah, dihasilkan oleh hati dan amat penting untuk tubuh korang. Akan tetapi, jumlah kolestrol yang berlebihan dalam badan korang akan menimbulkan masalah kepada salur² darah korang terutama bahagian jantung dan otak.


Kolestrol pulak ada 2 jenis kolestrol, kolestrol HDL (High Density Lipoproteins) dan kolestrol LDL (Low Density Lipoproteins)

Kolestrol HDL adalah kolestrol baik yang dipam ke paru² dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam darah dan membersihkan pembuluh darah dari kolestrol LDL yang berlebihan.

Kolestrol LDL plak adalah kolestrol jahat yang bile jumlahnya berlebih dalam darah akan diendapkan pada dinding pembuluh darah membentuk satu bekuan yang menyebabkan pembuluh darah tu tadi tersumbat.

Udang mengandungi kolestrol HDL. Bile korang makan udang, makanlah dengan kulit²nya sekali kerana kulit udang tu dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam darah korang. Kolestrol jahat lebih banyak terdapat pada makanan berlemak tinggi seperti kulit ayam dan kuning telur. Untuk hidup kekal sihat, korang kenalah mengamalkan pemakanan seimbang. Selamat makan udang :P - Jangan buang kulit udang lagi -

4 comments:

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D