Friday, January 14, 2011

Tips Jumpe Mertua

Tips ini khas untuk korang yang masih teruna dan dara. Terutamanya bagi korang yang dah ade "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ni sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada korang akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua korang. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua korang sudah kurang senang dengan diri korang, pastinya, perjalanan korang untuk hidup bersama dengan anak dorang akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan korang melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua korang.




Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua korang adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua korang) mengalu-alukan kedatangan korang.

Berbanding, jika korang datang ke rumah bakal mertua korang, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan korang itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua korang pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua korang secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih korang semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih korang adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan korang dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... korang yang akan "surprise".

Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" korang. fuh.. silap-silap kena reject plak nanti. Seelok-eloknya pakai baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. pakai baju kurung dah kelihatan agak sopan. Rasanya takde masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.
 
Mungkin korang kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua korang bahawa korang adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua korang tengok. Barulah lega sedikit hati dorang nak melepaskan anak dorang kat korang.

Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, korang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika korang seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan korang hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?
 
Jika korang adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua korang nanti.. pastikan, sebelum korang datang kerumah kekasih korang. Tanya kekasih korang terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah dorang minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih korang.

Dari situ.. maka.. bolehlah korang membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih korang tu. Jika ibu-bapa kekasih korang itu guru.. maka.. korang kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.
 
Mungkin korang kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua korang.. korang perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua korang minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua korang adalah pegawai penyelidik kimia dan korang sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab tulah  dicadangkan korang berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang korang bualkan nanti.. pastikan korang bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua korang tu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk korang berbahas dan menunjukkan kehebatan korang berpidato berpolitik... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika korang datang ke rumah bakal mertua korang, tunjukanlah sedikit kerajinan korang. Kalau korang memang seorang yang pemalas, waktu ni korang kena la berlakon rajin sikit. Mungkin korang boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan korang sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua korang). Cara ini agak kelihatan macam kekampungan sikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya? Korang cuba...
 
Akhir kata, semoga saat pertemuaan korang dengan bakal mertua korang berjalan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua korang. Untung-untung.. kuranglah sedikit wang hantaran korang nanti.. Hahahahahahaha ! :D
Kalau korang serius nak kahwen, nak kumpul duit, korang bace ebook Mas Kahwin Yang Hilang. Aku recommend buku ni kat korang sebab bagus untuk pengurusan kewangan korang yang bakal jadi pengantin. Dapatkan kat sini  http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=peningkutu

Sumber: Http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=peningkutu

4 comments:

  1. msti debar2 kan bile nk jumpe bakal mertua,,hu3!

    ReplyDelete
  2. Kena pandai cover2 le jmpa bkl mertua... nak t'kentut pun tahan... he...he...

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D