Buah tangan dari bos aku kembalinya dia dari Tanah Suci |
Pagi Jumaat hari ni adalah seperti hari² yang lain. Aku sibuk buat blog kerja aku macam biasa. Update blog kerja aku yang mana patut supaya sentiasa kemas kini. Takde la orang kata aku makan gaji bute walaupun kerja aku makan gaji.
Tengah aku khusyuk tido wat kerja tetiba aku dikejutkan dengan kehadiran bos aku. Aku pun pe lagi, kerja kuat la depan bos aku kan hahahahaha. Bos aku datang dengan bawak satu beg kertas. Rupa²nya bos aku nak bagi buah tangan dari Tanah Suci, seutas tasbih merah dan sebotol minyak attar ori punya. Aku ucapkan terima kasih kat bos aku kerana ingat kat aku. Rasa macam aku dihargai.
Alangkah bagusnya kalau semua bos dalam dunia ingat kat staff² bawahan macam yang bos² aku buat ni. Bagi aku walaupun cenderahati yang diberi tak lah seberapa mahal nilai ringgitnya, tapi mempunyai nilai penghargaan buat mereka yang menerimanya. Tak kisah la barang tu mahal ke murah ke, ingatan bos² pada kita tu tanda mereka menghargai kewujudan kita dan ingat pada kita.
Cenderahati dari London yang bos aku kasi. |
Buat korang yang tak pernah dapat cenderahati daripada bos korang, itu tak bermakna bos korang tak ingat kat korang. Bos korang tetap ingat nak bagi korang kerja² untuk korang buat. Tu pun tanda ingatan bos korang jugak sebenarnya bile dia bagi korang kerja² untuk korang siapkan. Ini tak, bile bos korang bagi kerja sikit, mulalah mengomel² siap mengeluh² lagi. Kalau satu hari nanti bos korang dah tak bagi korang buat kerja, tu tanda² yang korang akan kena cari kerja lain la tu hahahaha... Padan la muka korang, ada kerja tanak buat. Dah takde kerja sibuk pulak nak cari kerja !
Sikit benda aku nak kongsi dengan korang pasal aku. Sepanjang aku hidup ni aku penah buat macam² kerja nak cari pendapat. Sejak aku form 4 lagi aku dah start keje. Antara keje yang aku penah buat adalah:
- Jadi promoter kat shopping kompleks -KLCC dan merata lagi
- Tele-marketing - Tepon orang untuk tipu kad kredit orang
- Kerani am - Buat kerja kira mengira
- Peniaga dinding - Menjual macam² produk kat dinding
Kerja cari pengalaman & ilmu baru korang boleh jadi bos |
- Terima kasih.
- Saya minta maaf
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D