Friday, January 7, 2011

Terima Kasih Bos

Buah tangan dari bos aku kembalinya dia dari Tanah Suci
Pagi Jumaat hari ni adalah seperti hari² yang lain. Aku sibuk buat blog kerja aku macam biasa. Update blog kerja aku yang mana patut supaya sentiasa kemas kini. Takde la orang kata aku makan gaji bute walaupun kerja aku makan gaji.

Tengah aku khusyuk tido wat kerja tetiba aku dikejutkan dengan kehadiran bos aku. Aku pun pe lagi, kerja kuat la depan bos aku kan hahahahaha. Bos aku datang dengan bawak satu beg kertas. Rupa²nya bos aku nak bagi buah tangan dari Tanah Suci, seutas tasbih merah dan sebotol minyak attar ori punya. Aku ucapkan terima kasih kat bos aku kerana ingat kat aku. Rasa macam aku dihargai.

Alangkah bagusnya kalau semua bos dalam dunia ingat kat staff² bawahan macam yang bos² aku buat ni. Bagi aku walaupun cenderahati yang diberi tak lah seberapa mahal nilai ringgitnya, tapi mempunyai nilai penghargaan buat mereka yang menerimanya. Tak kisah la barang tu mahal ke murah ke, ingatan bos² pada kita tu tanda mereka menghargai kewujudan kita dan ingat pada kita.

Cenderahati dari London yang bos aku kasi.
Buat korang yang tak pernah dapat cenderahati daripada bos korang, itu tak bermakna bos korang tak ingat kat korang. Bos korang tetap ingat nak bagi korang kerja² untuk korang buat. Tu pun tanda ingatan bos korang jugak sebenarnya bile dia bagi korang kerja² untuk korang siapkan. Ini tak, bile bos korang bagi kerja sikit, mulalah mengomel² siap mengeluh² lagi. Kalau satu hari nanti bos korang dah tak bagi korang buat kerja, tu tanda² yang korang akan kena cari kerja lain la tu hahahaha... Padan la muka korang, ada kerja tanak buat. Dah takde kerja sibuk pulak nak cari kerja !

Sikit benda aku nak kongsi dengan korang pasal aku. Sepanjang aku hidup ni aku penah buat macam² kerja nak cari pendapat. Sejak aku form 4 lagi aku dah start keje. Antara keje yang aku penah buat adalah:
  • Jadi promoter kat shopping kompleks -KLCC dan merata lagi
  • Tele-marketing - Tepon orang untuk tipu kad kredit orang
  • Kerani am - Buat kerja kira mengira
  • Peniaga dinding - Menjual macam² produk kat dinding
Sepanjang aku kerja, aku kalau boleh semua kerja aku nak buat. Kalau boleh dengan kerja² bos aku sekali aku nak buat. Mungkin korang akan cakap buat ape nak buat kerja bos kalau dapat gaji pun takat gaji kuli biasa aje kan. Tapi sebenarnya kalau korang bercita² nak jadi bos, korang boleh belajar jadi bos dengan cara buat kerja² bos. Kalau takat duk tunggu bos bagi korang kerja, jangan mimpi lah korang boleh jadi bos. Lagi satu, kalau nak jadi bos, korang kena rajin buat kerja bukannya duk bace blog. Hahahahahaha !
Kerja cari pengalaman & ilmu baru korang boleh jadi bos
Oklah semua, last sekali aku nak kongsi dengan korang 2 ayat yang paling mahal untuk seseorang ucapkan kat orang lain:
  1. Terima kasih.
  2. Saya minta maaf
Aku tak tahu la berapa mahalnya ayat tu dalam hidup korang. Kalau boleh, korang janganlah mahalkan ayat² tu dalam hidup korang sebab dikhuatiri nanti diri korang sendiri yang rugi. Jadilah lebih pemurah ye mulai sekarang. Renung²kan dan selamat beramal :D

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D