Tuesday, January 11, 2011

Pokok Beracun

Tadi aku cek email aku, aku dapat 1 email pasal pokok beracun nih. Aku nak kongsikan dengan korang semua kat sini. Sejauh mana kebenaran pokok ni beracun aku tak dapat nak pastikan tapi lebih baik kalau korang ambil langkah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang buruk.

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika korang sayangkan anak-anak dan keluarga korang, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya korang menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak korang. 

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak korang mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
 
Terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai 'food poisoning'.

Keprihatinan korang menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Sumber: Inbox email Pening Kutu

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

1 comment:

  1. info yg menarik,,,bru taw pokok ni beracun...tq..

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D