Tuesday, January 25, 2011

Cara Kawal Sikap Panas Baran dan Marah

Adakah korang seorang yang pemarah ? Aku pun sama jugak la.. Kadang² angin aku tak baik aku jadi hot temper tapi aku hot temper aku tak kacau orang sangat. Aku marah sorang² je dalam hati... Hahaha...

Walaupun aku brutal, tapi semalam aku touching sikit wo... Ada orang  tu cakap kat aku "Perkenalan kita satu kesilapan" .. Hahaha touching giler aku orang tu cakap macam tu kat aku..

Lupekan soal touching jap, kali ni aku nak bawak kat korang 1 cerita pasal kawal kemarahan...

Kisah ini bermula pada sebuah keluarga yang terdiri daripada si ayah dan si anak. Hendak dijadikan cerita bahawa si anak ini adalah seorang yang mempunyai masalah dalam mengawal amarah beliau. Apabila marah, dia akan memaki-hamun dan memarahi orang sekeliling termasuk yang tak terlibat sama pun kena marah sekali.

Melihat keadaan anaknya yang sedemikian, si ayah mengambil inisiatif untuk mengajar anaknya sedikit tentang erti kehidupan. Ayahnya berkata "Anakku, selepas ini, disaat engkau marah, lepaskan amarahmu dengan memaku paku-paku ini pada pokok di belakang rumah kita". Walaupun si anak seorang yang panas baran, namun dia masih taat dan patuh dengan perintah si ayah.

Maka setiap kali si anak marah, si anak akan cepat-cepat pergi ke belakang rumah, membawa paku dan tukul, dan terus melepaskan geramnya dengan memaku pokok tersebut dengan sepuas hati. Perkara ini berulang setiap kali si anak marah dan semakin hari pokok di belakang rumahnya semakin penuh dengan pakuan.

Sebulan berlalu dan si ayah melihat si anak sudah semakin bijak mengawal amarah beliau. Si anak mula kurang melepaskan geram pada pokok di belakang rumah begitu juga dengan melepaskan geram kepada orang sekeliling. Melihat keadaan yang positif ini, si ayah pergi kepada si anak dan berkata..

Ayah: Anakku, ayah berbangga dengan engkau.

Anak: Kenapa ayahku?

Ayah: Aku nampak akan perubahan dalam dirimu dalam mengawal perasaan amarahmu.

Anak: Alhamdulillah.. (tersenyum)

Ayah: Sekarang mari ikut ayah..

Si ayah membawa anaknya pada pokok yang dipaku oleh anaknya itu.

Ayah: Anakku, cuba kau lihat, berapa banyak paku yang ada pada pokok ni.

Anak: Banyak..

Ayah: Betul tu. Untuk pengetahuanmu wahai anakku, inilah yang berlaku setiap kali kau melepaskan kemarahan di tempat yang tidak sepatutnya. Setiap paku yang dipaku itu ibarat setiap perbuatan zalim yang telah engkau lakukan. Ianya akan menusuk dalam ke dalam hati orang yang diperlakukan. Ingat, secara langsung atau tidak langsung, pasti ada yang akan terluka dengan pakuanmu itu.

Anak: Tapi aku sudah memohon maaf kepada mereka..

Ayah: Baik. Sekarang engkau cabut semua paku yang ada pada batang pokok ini.

Tanpa banyak soal, si anak mencabut setiap paku yang terdapat pada batang pokok tersebut. Satu demi satu, akhirnya habis semua paku dicabut..

Ayah: Sekarang cuba kau lihat, apa yang ada pada pokok ini.

Anak: Lubang..

Ayah: Benar, inilah kesan pakuan yang telah engkau buat. Biarpun engkau telah mencabut semua paku yang ada, lubang-lubang paku ini tidak dapat engkau tutupi buat selama-lamanya. Begitu juga keadaannya sekarang. Biarpun engkau sudah memohon maaf, meminta ampun dan sebagainya, kesan perlakuan zalimmu itu pasti akan kekal dalam ingatan orang yang diperlakukan. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita, setiap percakapan kita, ianya memberi kesan kepada orang lain. Mereka mungkin memaafkan, namun belum tentu mereka melupakannya..

Anak: ... (tunduk seraya menangis)

Selepas daripada peristiwa itu, si anak kerap kali berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Si anak bimbang tindakannya akan memberi kesan buruk kepada dia dan orang lain..

Korang amek la moral dari kisah ni ye. Tak perlu la sampai korang pun nak berpaku² kat pokok. :) Kalau agak² korang nak marah², korang pk la byk² kali ye. Jangan marah orang sekeliling ko yang tak terlibat sama. Dah la, aku nak touching balik nih...

1 comment:

  1. Ye salah saya k...So sorry..X niat ckp mcm tu pun, siap masuk blog lg nie..so touching... Maaflah...

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D