Thursday, January 6, 2011

Jangan Jawab Call Dari 03-7629 2007

Kali ni aku nak kongsikan sesuatu pasal fon call dengan korang semua.

Hari ni dalam waktu tengah hari, tengah aku rileks²  berangan jap tetiba tepon bek beri aku berbunyi. Aku pun tengok la screen fon aku nak tengok sapa yang call aku. Aku tengok nombor yang naik 0376292007. Aku tak kenal nombor sape yang call ni. Kebetulan pulak hari ni besday aku yang ke-XX kalinya. Umo aku muda lagi, lau aku bagi tau gerenti korang tak caye dak umo cam aku tulis blog hahaha. So aku sangkakan mungkinlah kawan² kutu aku call nak duit kutu wish besday kat aku. Aku pun dengan confident tekan button answer phone call. Bile aku dah jawab call tu, terjadilah perbualan kat bawah ni dengan satu suara perempuan melayu:

Aku: Helooo....
0376292007:  Helo... Selamat tengah hari.. Boleh saya cakap dengan En. Pening Kutu
Aku: Ye saya..

Keletak... Bunyi tepon diletakkan.. Tuuuuuuuttttttt......Bunyi line dah putus.

Aku pun pe lagi mencarut dalam hati le kejap kat sapa la yang buat prank call kat aku nih. Bagi meredakan kebengangan aku, aku pun beristifar sambil redial la balik nombor 0376292007. Fon tu berjawab tapi dengan suara operator seperti berikut:
"Ini adalah pengumuman dari TT.Com. Nombor yang anda hubungi tiada dalam perkhidmatan kami. Sila semak nombor yang anda dail sekali lagi. "

Hati aku cam rasa curiga je. Cepat² aku jumpe pak cik Google, aku quote searching kat pak cik google "03-76292007" dan aku tengok search resultnya rupanya ada orang lain jugak yang kena sebijik² macam aku kena tadi. Suara perempuan, tanya nak cakap dengan seseorang yang dia sebut nama, terus letak fon !!

Aku pun save nombor minah ni untuk aku buat report polis kalau² aku punya data peribadi digunapakai oleh sindiket² penipuan. Al maklumlah zaman sekarang ni semua benda nak tipu. Hal seringgit dua pun nak tipu kelentong². Korang mesti rasa macam tak ada apa sangat la kan dengan call macam tu. Tapi hakikatnya amatlah berisiko tinggi data peribadi korang disalahguna untuk transaksi kewangan yang tak sah.

Aku ade pengalaman 2 hari bekerja dengan company call centre palsu yang tipu kad kredit orang guna fon call aje. Cukup 2 hari aku keje, aku blah pasal makan komisen haram beb. Nanti aku akan citer dalam entry lain pasal macam mana company ni buat keje tipu orang. Panjang plak kalau nak citer kat sini.

Kepada korang yang ada terima call dari 03-7629 2007, aku nasihatkan korang tak payah jawab atau pun korang jawab tapi jangan jawab macam yang aku citer kat atas. Yang dah terkena, boleh kongsikan ape yang berlaku lepas korang terkena.......

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

6 comments:

  1. btl ke num tu penipu??

    ReplyDelete
  2. aku baru jer kena nie..call balik pun takder dlm perkhidmatan..apa jadah TM wat no register yg tak leh call balik..pening gak :D

    ReplyDelete
  3. pas ko jawab mesti dia letak kan

    ReplyDelete
  4. Opss..saya pun baru jer terkena pagi ini. Siap dia tahu full name saya lagi. Scary coz tak tahu sapa caller tu..

    ReplyDelete
  5. eh samela kite pun pnah kna jgk....eh mcm pelik sgt kan...ape motif die...huhu

    ReplyDelete
  6. Aku lak dpt call dr no yg sama 03-76292007 dr seorg lelaki yang jaga budak yang rembat kereta aku . sampai skrg kereta tah kemana, dengar2 aku lak yang kena Black list dr bank...Penipu betul la dia org ni

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D