Berwaspada Lau Ade Sticker Kat Cermin Belakang Kereta |
Aku tengah serabut buat keje tetiba datang mood aku nak check inbox email aku. Tengok² ade orang anta email, mula² aku ingat ade orang hantar email draf minit mesyuarat kat aku. Rupanya² hantar email maklumat yang boleh dikongsikan bersama². Ekekekeke....
Email ni pasal taktik jenayah terbaru untuk rompak kereta. Zaman sekarang bukan kira kereta besar ke, kereta kecik ke, dorang rembat aje.
Kebanyakkan jenayah dilakukan warga asing. Kenapa? Dorang takda dokumen dan takda sedara mara kat sini, kalau nak cari pun susah nak trace. Kenapa warga asing banyak kat negara kita? Adakah sebab ''1 Malaysia" - longgok semua pendatang haram kat sini, pastu ramai² laung ''1 Malaysia'' ?
Jangan bagi alasan tak cukup kakitangan imigresen / polis / penguatkuasa. Berapa ramai rakyat yang menggangur?? Kalau betol tak cukup kakitangan, bagi rakyat yang mengganggur ni kerja tangkap warga asing haram kat negara ni. Bagi komisen, 1 kepala warga asing dapat ditangkap dapat RM100 ( Duit ni amek aje dari harta benda warga asing haram yang senang lenang kat sini ). Dah jom layan email pasal taktik jahat nih....
Berhati- hati kawan²ku tentang masalah ekonomi yg semakin parah, kebanjiran warga asing, manusia terdesak melakukan berbagai² cara untuk merompak kita..
Berhati2 semua terutama para wanita.
Bahaya....!!!
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah² cermin belakang menghalang pandangan kita.
Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila kita sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh kita dengan laju semasa mereka melarikan kereta korang.
Perasan tak kaum hawa? Pasti beg duit kita masih di dalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci² kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian.
Dan bersyukur kerana korang membaca entry ini. Kesemua maklumat peribadi dan
pengenalan diri yang berada di beg tangan korang sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain. Sebar²kan pada kawan² korang yang lain....
pengenalan diri yang berada di beg tangan korang sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain. Sebar²kan pada kawan² korang yang lain....
Sumber: Inbox email Pening Kutu
adus!! nie yg buat aku mkin tkut nie..lain kali kn b'hati2 la..huhu..thanks 4 da reminder!!
ReplyDeleteerr..'KAK S'!!! dh emel lum DRAF MINIT MESYUARAT TUE!! hihi..