Tuesday, December 27, 2011

Johor Premium Outlet

Bulan Disember 2011 adalah bulan yang paling pack bagi sesetengah orang termasuklah aku. Penghujung tahun ni aku berkesempatan melawat ke Singapura. Lepas balik dari Singapura aku sempat singgah ke salah satu kedai 'mahal' di Kulaijaya, Johor. Kenapa aku panggil kedai 'mahal' ? Sebabnya barang-barang yang mahal atau premium aje yang ada jual kat sini. Nama tempatnya pun Johor Premium Outlet @ JPO. Aku datang saje je kat JPO, apa pun aku tak beli. Bagi aku kualiti kadang-kala bukan pada jenama atau harga, tapi pada kepandaian kita memilih sesuatu barang. Cehhh....  

Sori la ye aku takde nak beli keychain atau goodies untuk korang, cuma aku bawak gambar-gambar je untuk korang santapkan mata korang. So lau korang plan nak cari outlet yang jual barang-barang premium dan ori, singgahlah ke JPO ! Jom ronda-ronda style jantan. Ronda style jantan senang je, tak serumit dan tak secerewet perempuan ronda-ronda. 10 minit selesai aku ronda satu JPO. Hahahahaha !

JPO dibuka setiap hari oh !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Mengutip Remis

Nah, inilah hasil kutipan petang nih.
Bila cuaca baik, mood baik maka aku akan ke tepi pantai kat pesisiran pantai Sabak Bernam untuk buat aktiviti kutip remis.

Remis, mungkin perkataan ni asing buat sesetengah orang. Termasuk la diri aku sendiri sebenarnya, pada awalnya aku memang tak tau ape benda remis tu. Tapi sebab aku tak tahu, aku pun pegi la menimba ilmu dengan orang yang tahu. :p

Remis adalah sejenis kerang lautan yang boleh didapati di pesisir pantai, bukan hanya terdapat di Pantai Remis. Huhuhuhu... Untuk mendapatkan remis ni, korang perlu beberapa peralatan asas iaitu:

► Periuk untuk korang isikan remis yang dah dikutip
► Senduk nasik untuk korek pasir laut. Bawak lebih pun takpa kot-kot senduk hanyut ada senduk spare ☺
► Kereta atau motor untuk korang pegi pantai dan balik ke rumah dengan cepat

Dah siap peralatan asas, korang kena pegi kat tepi pantai yang tak bape jauh dari ombak dia, kat kawasan pasir yang lembab. Kat kawasan tu, korang boleh mula mengorek guna senduk nasik tu. Korek lebih kurang sedalam 20cm pun dah memadai. Sambil dok korek tu perhatikan la ada tak jumpe remis. Kalau ada, cepat2 kutip masuk dalam periuk.

Remis yang korang dah kutip tu boleh la dibawa balik ke rumah. Ada orang cakap kat aku, remis ni sedap kalau masak sambal. Masalahnya aku duk bujang tak reti nak masak sambal² ni. Leceh. Jadi, apa yang aku buat, aku rebus remis tu dalam periuk. Kemudian lepas cangkerangnya terbukak, korang boleh lah makan isiniya tu dicicahkan sekali dengan sos cili maggi. Perghhhh FRESHHHHH beb rasa dia. Rasa dia tawar kalau korang rebus tanpa letak garam. Tapi tawar dia tetap mengenyangkan perut aku yang semakin membesar... Hahahahaha :D

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Azam Tahun 2012

Pejam celik pejam celik dah masuk penghujung tahun 2011. Tak lama lagi berlabuh lah tirai tahun 2011 dan terbitlah sinaran tahun baru 2012.

Sepanjang tahun 2011 ni ada jugak la beberapa kawan aku yang dok tanya kenapa la susah sangat aku nak update blog. Banyak benda dan perkara sebenarnya aku nak share kan kat blog ni. Bagi aku bila aku share secara bertulis di alam maya ni, ilmu yang secebis tu boleh berkembang tanpa ada sempadannya. Dan yang pasti, bila aku share, aku tak kan lupa apa yang aku dah learn & earn.

Tapi apalah daya aku seorang manusia yang mempunyai batas-batas tersendiri hehehehe. Bukan aku tak nak update blog pening kutu ni, tapi sebab aku manage 3 blog yang berbeza oleh tu kadang-kadang tak sempat nak berblog kat sini. Hahahaha... Maka dengan ini, aku declare azam baru tahun 2012 aku adalah untuk mengUPDATE blog ini dengan sewajarnya. Hehehe....

ERKKK...KORANG DAH PASANG AZAM BARU KE ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, December 16, 2011

Happy Toilet (Tandas Gembira)


Tandas Gembira ?? Ha macam tu la lebih kurang bunyinya. Cuba tengok logo atau simbol yang digunakan untuk menunjukkan tandas kat atas tu. Gembira kan ?? Hahahaha... Kalau rasa tak gembira, jangankan berak, kencing pun korang tak boleh ! Hanya orang yan gembira aja dibenarkan masuk ke tandas ni.


Tandas ni terdapat di City Square Mall Singapore. Siap ada star ranking lagi tandas dorang beb. So tandas gembira yang aku masuk tu diberi 4 bintang. Walaupun tandas yang aku masuk tu "Happy Toilet", tapi aku tak berapa happy ler sebabnya tandas di Singapore ni takde paip air untuk cebok atau istinjak. Hanya gulungan tisu aja yang ada. Tak de lah sempurna mana pun, bagi orang yang tak beristinjak, tandas ni sesuailah untuk mereka.

Sila bawa botol air sendiri apabila ingin ke tandas di Singapore. Lau tak bawak botol air, korang lap aje lah dengan tisu ye.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, December 7, 2011

Sisi Gelap Facebook

Siapa yang takda facebook ? Hampir 85% pelayar internet sekarang mempunyai akaun facebook. Facebook ni kononnya best, untuk hilangkan boring-boring katanya. Tapi dalam keghairahan korang login setiap hari, ada perkara-perkara yang tak pernah korang fikirkan. Yang korang tahu hanyalah BERSERONOK & BERSOSIAL ! Nah amek kau . . . . Share jangan tak share beb.


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
2) Terlebih gambar
3) Penyamaran
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
6) Mengutuk diri sendiri & kebaikan

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka.Tertekanlah suami serba salah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, October 24, 2011

Allah memang sengaja ...

Memang ALLAH sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. 

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan-NYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, October 21, 2011

Kilang Kuaci

Hari ni jom aku bawak korang lawatan sambil belajar ke Kilang Kuaci . . . Jom murid-murid semua ... Hahaha !





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Rahsia Besar 14 Fakta Dunia Yang Tidak Pernah Didedahkan

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang

diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter.. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang
bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

5 Perkara Yang Semua Orang Mahukan



Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
 


1:wajah yang cantik



2:duit yang banyak



3:kesihatan yang baik



4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita



5:tidur yang nenyak tanpa ganguan



senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saturday, July 23, 2011

Cara Nak Dapat Diskaun Broadband Celcom

Assalamualaikum. Macam yg korang tau aku ni pengguna setia  Celcom. Aku tak pakai MaxCis yang bagi aku cuma menghabiskan duit aku aje. Dulu aku sempat la pakai bil Maxcis, baru guna sebulan beratus bil aku padahal aku takde byk buat call out pun. Jadi dengan senang hati aku pun terminate aje MaxCis tu. Pakai Celcom lebih jimat, nak kol customer service pun FREE aje. Cuma dail 1111.

So mcm biasa la aku ni rajin kol customer service Celcom. Alkisahnya, dulu aku da buat manual configuration untuk Celcom broadband lepas aku complaint broadband aku lambat cam siput (artikel nak configuration manual ada aku tulis kat sini).

Tujuan aku kol customer service tu bukanlah aku nak complaint lagi yang broadband Celcom ni lembab, tapi aku kol untuk TERMINATE kan terus. Ganas tak ? Hahahaha... Entah macam mana, tetiba operator Celcom yang jawab kol aku tu buat counter offer.. Korang nak tau ape yg dorang counter offer kalau aku tak terminate broadband celcom aku tu ? Dorang offer aku diskaun 50% atas bil aku untuk 2 bulan. Taraaaa...


Aku amek pakej yg RM68 tiap bulan utk 3GB, so untuk 2 bulan berturut2 aku cuma bayar RM34 utk 3GB. So kira ni bulan kedua atau last aku terima diskaun 50%, aku pun ingat nak terminate broadband aku start Ogos ni, tapi tetiba tadi de masuk 1 msg dari Celcom yang buatkan aku TAK JADI terminate..Nah ko... 4GB dah sekarang broadband aku, FREE ikut caj bil lama! Celcom The Best (pomot & bodek) !!!

KORANG TANAK KE ???


Korang cuba la buat macam aku ni, untung2 dapat diskaun selama 2 bulan. Sapa nak bagi kan. Hehehe selamat mencuba

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, July 21, 2011

Muka Orang Dalam Kopi





Selamat tengah hari semua. Seperti yang korang tau minum kopi ni banyak bagi khasiat kepada tubuh badan korang terutama kepada korang yang study. Minum kopi boleh buat korang tak tido malam so boleh la korang gaming study !

Sekarang ni aku bukan nak ajak korang minum kopi atau saja² nak belanja korang minum kopi (melainkan korang nak dengar aku citer pasal insurans / takaful :q ). Aku nak korang semua cari muke orang dalam gambar kopi kat atas ni bermula dari SEKARANG !

Tik...Tik....Tik....Tik.... Aku tengah kira masa ni... Jumpe tak ? Kalau tak jumpe takpe nanti aku tunjukkan jugak mane muke orang dalam gambar kopi kat atas.

Doktor menyimpulkan kalau korang mampu jugak muka orang tu dalam masa 3 saat, otak kanan korang berfungsi lebih maju dan bagus daripada orang lain.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wei Mabuk Ker





Eh eh korang mabuk ker ? Jangan ketuk² monitor PC korang. Bukan benda tu yang rosak. Mata korang yang spero tu. Hahaha... Macam ni la rasanya bila pening kutu.. Korang nak tengok imej sebenar korang kenyit² kan sikit mata korang... Ha ada nampak tak ? Lawa kan...

Lagi kat gambar askar sniper ni ape yang korang ada nampak ? Tak nampak ape² ? Korang tak bertuah la maknanya tu... Nak tengok ape yg korang boleh nampak dalam gambar askar ni ? Ce korang tekan "CTRL + A".. Menarik tak ?

Kalau korang tengok gambar pak cik dua orang kat atas ni depan komputer, korang akan nampak pak cik sebelah kiri muka dalam keadaan marah manakala pak cik sebelah kanan pulak pak cik yang cool. Sekarang korang ce bangun, pegi jauh dalam 12 kaki dari monitor PC korang. Waaaa apa yang korang akan nampak, pak cik yang marah tadi sekarang dah cool, pak cik yang cool tadi dah  marah pulak..

Nak tau kenapa dia marah ? Sebab dia tengok korang tak buat keje !!!!!

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Bas Sekolah Pergi Mana

Selamat pagi kepada korang yang suka curi masa bekerja untuk baca blog yang tak berfaedah. Waktu pagi² adalah waktu yang sesuai untuk korang panaskan kepala otak korang dengan soalan² mencabar sampai korang boleh pening kutu.

Kiri ke kanan ? Kanan ke kiri ?
Ok korang dah tengok kat atas ni ada gambar sebuah bas. Jadi, soalannya ke arah manakah bas kat atas pergi ? Ke kanan ke ? Atau ke kiri ?

Kira² 90% kanak² tadika berjaya menjawab soalan ni dengan betul, manakalaka 90% orang dewasa tidak mampu menjawab soalan ini. Maksudnya otak korang dah berkarat sebab korang dah malas nak fikir lagi hahahaha....

Ha teka la bas ni pergi kanan ke pergi kiri ? Tengok balik gambar bas tu betul² ... Kalau korang da giveup sangat klik baca lagi untuk jawapan (pemalas betol ah korang )

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, July 20, 2011

Ikan Sebelah

Korang pernah tak makan Ikan Sebelah ni ? Bagi korang yang tak pernah tau kewujudan Ikan Sebelah ni, rajin-rajin kan kaki korang ke pasar tani mahupun pasar malam. 

Ikan Sebelah ni dapat nama macam ni bukan sebab ikan ni digoreng oleh jiran rumah sebelah. Ikan Sebelah ni rupanya macam ikan biasa yang kita makan sebelahnya aje, baki sebelahnya lagi kita tak makan.
Ini adalah rupa Ikan Sebelah

Ikut yang aku dapat cari,  Ikan Sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman a.s. tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja dan bukti kewujudannya kekal sehingga ke hari ini untuk menjadi iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam...

Sejauh mana kebenarannya aku tak dapat pastikan lah sbb aku ni rajin baca blog je...Malas baca buku....Korang yang ada fakta tolong betulkan la ye.....Wallahualam.. Tapi yg aku pasti, Ikan Sebelah ni sedap isinya... Nyyyummm Nyuuummm !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Gambar Lawak

Eh korang ni semua takde keje nak buat ke asyik dok bace blog orang aje. Kuang kuang....

Korang same je dengan gambar-gambar kat bawah ni... Takde keje !
Boleh la korang berkawan baik dengan diorang ye
(^_^)/"/

Anak dia kurang angin tu nak kasi tambah angin

Sukan Olimpik 2012 nanti

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Iklan Pepsi Lemon

Macam biasa la adat orang meniaga macam-macam cara dorang guna untuk promot barang dorang. Terutama bagi yang buat Multi-level Marketing atau bisnes cari orang cari orang cari orang cari orang cari orang...... Bla...Bla....Bla.....

Korang penah minum Pepsi Lemon tak ? Penah tak tengok macam mana Pepsi promot perisa Pepsi Lemon dorang tu macam mana ? Kalau belum penah tengok, jom tengok. Kalau dah tengok, tekan klik pangkah je kat blog aku. Hahahahaha !





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, February 8, 2011

Cara Lajukan Broadband Celcom Korang

Setting aku ni untuk broadband ZTE Proprietary USB Modem
Lama giler kot aku tak update blog aku nih sejak last post hari tu. Aku sibuk berfacebook pulak sekejap sampai terlupa aku ada blog ni.

Tengah aku syok berfacebook sepanjang cuti awal bulan Februari nih, aku tengok ramai benar yang bising2 kata broadband celcom teruk, lembab, siput dan yang sewaktu dengannya. Korang yang tau menyalak tapi tak reti nak komplen cara proper sampai bila² pun masalah korang tak settle. Sebab ramai yang menyalak tak tahu arah tuju, aku nak kongsikan cara lajukan broadband celcom dengan buat manual configuration setting yang aku dapat daripada celcom careline 1111.

Untuk manual configuration setting ni, korang cuma perlu buat sekali je dalam seumur hidup broadband celcom korang tu. Dan pastikan korang guna Window XP dan broadband modem ZTE Proprietary USB Modem.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, January 25, 2011

Renungan Kerja Untuk Korang

Tak Kisah La Korang Keje Ape Pun Yang Penting HALAL
Hari ni aku sedikit happy sebab bos aku da bagi markah penilaian kat prestasi aku. Bukan isu markah tinggi rendah yang aku pentingkan sangat tapi aku pentingkan pencapaian diri aku. 

Kalau dalam setahun kerja aku rasa macam takde belajar atau buat ape² yang berguna, lebih baik aku cari kerja lain dari duk kat tahap yang sama sampai umo aku tua aku jugak yang rugi sebab tak menikmati dunia ni habis². Aku telah dilahirkan untuk bekerja dengan kuat. Tak percaya korang jumpe la aku gerenti korang stress pasal kerja hahahaha.

Sempena mood aku bekerja ni, jom renung²kan lah perkara² di bawah ni ye, tak kisah la ape pun pekerjaan korang, korang renung²kan la bersama....
Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.
 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cara Kawal Sikap Panas Baran dan Marah

Adakah korang seorang yang pemarah ? Aku pun sama jugak la.. Kadang² angin aku tak baik aku jadi hot temper tapi aku hot temper aku tak kacau orang sangat. Aku marah sorang² je dalam hati... Hahaha...

Walaupun aku brutal, tapi semalam aku touching sikit wo... Ada orang  tu cakap kat aku "Perkenalan kita satu kesilapan" .. Hahaha touching giler aku orang tu cakap macam tu kat aku..

Lupekan soal touching jap, kali ni aku nak bawak kat korang 1 cerita pasal kawal kemarahan...

Kisah ini bermula pada sebuah keluarga yang terdiri daripada si ayah dan si anak. Hendak dijadikan cerita bahawa si anak ini adalah seorang yang mempunyai masalah dalam mengawal amarah beliau. Apabila marah, dia akan memaki-hamun dan memarahi orang sekeliling termasuk yang tak terlibat sama pun kena marah sekali.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Diri Sendiri

Takda Orang Tanak Senang Dalam Hidup Sementara Ni
Sekali sekala kita kena bersuka ria, sekali sekala kita jugak kena beringat² sesama kita kan :)

Aku tulis blog ni untuk waktu lapang aku je, ape yang patut aku kongsikan, aku kongsi la. Yang tak patut, aku simpan sorang² je la ye hahahaha...
Jom la kita mengenal diri kita semua ni....

Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, January 23, 2011

Ikatan Tali Kasut Menarik

Tukar Design Ikatan Tali Kasut Korang Hari² Hahaha
Korang pakai kasut bertali pergi sekolah dengan pergi kerja kan. Ape kata sekali sekala korang ubah cara korang ikat tali kasut. Baru la stylo takda la boring je pakai kasut yang sama dengan bau jenama yang sama dan design ikatan tali kasut yang sama hahahahaha...


Korang tiru je la design ikatan kasut ikut warna tali dalam gambar² ni ye... Selamat bergaya dengan tali kasut korang tu :p

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saturday, January 22, 2011

Kenali Email Sampah / Penipu (SPAM)

Pernah tak korang dapat email sampah dalam inbox email korang? Email sampah ni dikenali sebagai spam. Email sampah ni dihantar kepada penerima untuk tujuan promosi barangan dan tujuan PENIPUAN. Dalam kes penipuan email sampah ni, biasanya dalam email tu akan tulis yang korang ni bertuah terpilih sebagai pemenang loteri, cabutan bertuah, jadi rakan kongsi perniagaan jutaan USD, ada duit kat bank yang takda waris dan nak diwariskan kat korang dan macam² lagi ayat bagi menarik minat korang balas email. Aku sendiri banyak dapat email macam tu. 

Kali ni aku kongsikan macam mana nak mengenali email sampah ni dan punca datangnya email sampah ni.

Email Sampah PENIPUAN Kononnya Dari Western Union

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, January 21, 2011

Boikot Produk Cloret


Mari kita BOIKOT produk² Clorets ! Kenapa?? 
Pakat Boikot Produk² Clorets !





Clorets - Infinity ( Boleh Didapati Kat Kedai Serbaneka )

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, January 20, 2011

Ade Sticker Kat Cermin Belakang Kereta?? Awas !!

Berwaspada Lau Ade Sticker Kat Cermin Belakang Kereta
Aku tengah serabut buat keje tetiba datang mood aku nak check inbox email aku. Tengok² ade orang anta email, mula² aku ingat ade orang hantar email draf minit mesyuarat kat aku. Rupanya² hantar email maklumat yang boleh dikongsikan bersama². Ekekekeke.... 

Email ni pasal taktik jenayah terbaru untuk rompak kereta. Zaman sekarang bukan kira kereta besar ke, kereta kecik ke, dorang rembat aje.

Kebanyakkan jenayah dilakukan warga asing. Kenapa? Dorang takda dokumen dan takda sedara mara kat sini, kalau nak cari pun susah nak trace. Kenapa warga asing banyak kat negara kita? Adakah sebab ''1 Malaysia" - longgok semua pendatang haram kat sini, pastu ramai² laung ''1 Malaysia'' ?

Jangan bagi alasan tak cukup kakitangan imigresen / polis / penguatkuasa. Berapa ramai rakyat yang menggangur?? Kalau betol tak cukup kakitangan, bagi rakyat yang mengganggur ni kerja tangkap warga asing haram kat negara ni. Bagi komisen, 1 kepala warga asing dapat ditangkap dapat RM100 ( Duit ni amek aje dari harta benda warga asing haram yang senang lenang kat sini ). Dah jom layan email pasal taktik jahat nih....

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, January 19, 2011

Nak Tumpang ?

Motor Keluaran Terbaru ! ''ToYoGo Camry''

Aku nak pegi jalan² sempena cuti umum Thaipusam hari Khamis ni. Korang nak tumpang aku jalan² jom lah !

Eh tunggu ape lagi tu, jangan la malu² nak tumpang aku. Aku tak kesah punya korang nak tumpang..... Aku punya kenderaan muat untuk korang semua... Dah, jom jalan !! Hahahahahaha....

Korang pilih ajelah korang nak tumpang kenderaan yang mana satu..Semua boleh !


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Berhati² Menyusun Nama Dalam Henfon

Henfon ade baik dan buruknya
Yo wassup korang semua. Angin aku dah ok sepoi² bahasa dah so aku dah boleh la menaip blog. 

Sapa antara korang yang ada henfon KURANG dari satu ??? Koman² pun zaman sekarang ni sorang ada satu henfon kan. So tak payah kencing la kalau korang cakap korang tak pakai henfon.

Bercakap soal henfon, korang semua kena amek perhatian sikit pasal cara korang susun nama contact dalam henfon korang tu. Korang kena beringat yang henfon korang tu bila² masa aja boleh jadi mangsa penculikan pencuri² yang sentiasa mengambil kesempatan. Bila pencuri da dapat culik henfon korang, secara magiknya dorang ni dapat semua data yang korang simpan dalam henfon korang macam no tepon keluarga, gambar² seksi korang, sms romantik korang dan sebagainya lagi yang boleh diklasifikasikan sebagai RAHSIA BESAR korang. 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, January 17, 2011

5 Perkara Kegilaan Manusia

Semoga korang tido lena & bangun dengan semangat baru
Ada 5 perkara dalam hidup ni yang semua orang termasuk aku sendiri nak kan. Perkara² tu adalah :

1. Wajah yang cantik

2. Duit yang banyak

3. Kesihatan yang baik

4. Anak² yang cerdik & berjaya

5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Korang nak tahu tak macam mana nak dapatkan kesemua 5 perkara ni ? Jom aku kongsikan macam mana nak dapatkan 5 perkara ni semua hanya 15 minit sehari !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Mencari Cinta

C.I.N.T.A Sampai Bila ?
Masih tercari² ape tu cinta ? Kat sini ada cerita skit pasal cinta.. Korang nak tau korang bace sendiri lerrrr....

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: Guru, apakah erti cinta..?Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Buku Asas Fardhu Ain

Korang semua pe khabar? Macam biase la hari Sabtu Ahad aku amek cuti tanpa gaji.  Hehehe so aku x update blog time cuti, nanti korang bukannya nak bayar gaji aku pun kan. Hahahaha..

Korang dulu waktu sekolah lulus tak ujian PAFA..Ala, Penilaian Asas Fardhu Ain tu..Aku cukup² makan aje markah aku.. 

Buat korang yang dah terlupa asas² Fardhu Ain, kat sini korang boleh download buku elektronik (ebook) secara PERCUMA ! Iye PERCUMA ! Korang ni bab PERCUMA laju je, kalau buku² agama yang dijual korang buat dekkkkk je. Lau buku² gosip, komik, artis² sok sek, jual mahal pun korang beli siap langgan bulan² lagi. Korang klik link kat bawah ni untuk download. Tak payah register ape², download dan bace !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, January 14, 2011

Tips Jumpe Mertua

Tips ini khas untuk korang yang masih teruna dan dara. Terutamanya bagi korang yang dah ade "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ni sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada korang akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua korang. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua korang sudah kurang senang dengan diri korang, pastinya, perjalanan korang untuk hidup bersama dengan anak dorang akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan korang melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua korang.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, January 13, 2011

Akaun Simpanan / Semasa Bersama ( Joint Account )

Jumlah Dana Blog Pening Kutu Hahahahaha !
Mungkin tak semua di antara korang yang ada akaun simpanan/semasa bersama (joint current/saving account) kat bank.  Akaun ni adalah menjadi hak milik bersama mengikut pemilik yang telah didaftarkan semasa akaun tersebut dibuka. Bile pemilik akaun ni nak keluarkan duit, die kena dapatkan kebenaran dari semua pemegang akaun bersama nih.Kebiasaannya pasangan suami isteri, dan anak beranak akan bukak akaun jenis ni untuk kawal duit keluar.

Maklumat ni dikirim oleh bekas klien aku dan ditulis dalam bahasa inggeris. Tapi untuk mudahkan pemahaman korang, aku olahkan semula dalam bahasa Melayu. Kepada korang yang ada akaun bersama atau bercadang bukak akaun bersama kat bank, sila ambil perhatian ye...

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, January 12, 2011

Bacaan Talkin

Assalamualaikum. Korang jawab tak salam yang aku bagi ni? Kalau dah jawab, Alhamdulillah. Kalau belum, korang jawab dulu pastu mulakan bace entry ni semula dari perenggan pertama balik. Hehehehe...

Entry kali ni ada ayat yang boleh bagi diri korang dan diri aku sendiri sedar tentang kehidupan kita semua ni. Untuk korang lebih sedar dan dapat penghayatan, korang bace dan sebutkan nama korang sendiri ye...

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus